2 Asas Utama Untuk Mencapai Kejayaan Cemerlang
Untuk berjaya, anda MESTI buat 2 perkara!
Pertama:
TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua:
MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Itu adalah nasihat Paul Getty.
Nasihat dan saranan ini perlu diambil berat kerana ianya datang daripada seorang yang amat berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang usahawan yang bermula dari peringkat bawah. Beliau adalah seorang jutawan minyak yang amat berjaya. Namun, sebelum mencapai kejayaan, Paul Getty telah menghadapi pelbagai dugaan yang amat mencabar. Kunci kejayaan beliau dalam menghadapi segala cabaran tersebut ialah wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi.
Beliau tidak mengenal erti putus asa. Oleh kerana begitu berat halangan-halangan atau kegagalan-kegagalan yang beliau hadapi dan alami, pelbagai kata-kata negatif mengesyorkan beliau supaya memberhentikan sahaja usahanya. Dalam situasi "mencelarukan" ini, wawasan besar serta semangat berani menghadapi segala dugaanlah yang terus membakar semangat Paul Getty untuk mara terus ke hadapan.
Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi ianya melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi.
Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agak primitif. Namun, semangat menyala-nyala yang tidak mahu dipadam, serta keberanian, usaha gigih dan keyakinan beliau yang begitu tinggi, akhirnya membawa kejayaan besar kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan / perusahaan minyak.
Beliau telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaan Paul Getty dari segi geografi juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat beraninya.
Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty ini, bolehlah kita simpulkan bahawa:

- Kejayaan tidak akan tercapai dengan hanya bergantung kepada nasib tetapi dengan perancangan dan usaha jitu.
- Untuk mencapai kejayaan besar, matlamat atau wawasan mestilah besar.
- Untuk berjaya dalam perniagaan seseorang usahawan mestilah BERANI menghadapi / menangani apa juga risiko atau cabaran yang akan dihadapi / dilalui.