Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu:
Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :
1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid. 2. Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan. 3. Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. 4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar. Siapa Pembimbing Rakan Sebaya
Pelajar yang dilatih dalam kemahiran komunikasi dan kemahiran kaunseling.Berfungsi sebagai rakan berkesan,menjadi pendengar yang empati, berminat mengambil berat dan rela memberi pertolongan. |
Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) telah ditubuhkan pada tahun 2011. Menyedari betapa pentingnya PRS sebagai tulang belakang kepada kaunselor di sesebuah sekolah, maka terbentuklah PRS SSTMI. Pada awal penubuhannya PRS hanya mempunyai beberapa orang ahli sahaja. Namun begitu keahliannya telah bertambah saban tahun. Sehingga tahun 2014, keahlian PRS adalah seramai 25 orang ahli. Ahli PRS adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan bantuan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih oleh Kaunselor bagaimana menjadi seorang pendengar yang aktif. Mereka juga akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan rakan-rakan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan dan lain-lain perkara lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan memahami. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Kaunselor dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka membantu rakan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran kendiri (Self-awareness). Adakah anda berminat mengikuti latihan ini? Ringkasnya, Pembimbing Rakan Sebaya adalah;
Apakah tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya?
Ikrar Pembimbing Rakan Sebaya ialah :
Saya / Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2014. ✔ Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa dan rakan. ✔ Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya. ✔ Berusaha menjadi pelajar contoh. ✔ Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri. ✔ Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. ✔ Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS. |
Pada tahun 1984, Bahagian Sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling) telah merangka dan mengeluarkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Satu daripada kandungan buku itu ialah perkhidmatan dan tugas “Kaunselor Sebaya”. Continue reading »..........
VISI
MENJADI PRS TERBILANG DI MALAYSIA MISI MEMBANGUN DIRI DAN ORANG LAIN SUPAYA TERAMPIL LEBIH BERKESAN Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan,perlakuan dan fizikal.
Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu ’Bantu Diri Untuk Membantu Rakan’. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.
|