Usah buang masa fikirkan kesilapan masa lampau yang tak dapat diperbaiki lagi. Lupakan masa lampau, kerana kita sudah tidak dapat mengubahnya.
Fokus masa depan, kerana kita masih ada peluang besar untuk menjadikan ia lebih bahagia. Setiap kali fokus pada apa yang kita mahu, serta merta kita akan rasa teruja dan mahu berusaha, sebab kita rasa ada peluang mencapainya. Ingat! Jangan sesekali pandang ke belakang, sebab ia akan menarik memori silam, juga emosi-emosi buruk dari kenangan silam ke ingatan kita. Kesannya, kita asyik ingat kesilapan di masa lampau lalu membuat kita terkurung dalam “perangkap mental” yang kita cipta sendiri. Sikap kita bertukar menjadi yang negatif, sebab fikiran kita dipenuhi emosi negatif (emosi buruk) yang terbit dari ingatkan kita tentang masa lampau. Kita mudah meracau, hilang keyakinan diri, tertekan, gusar, tak nampak jalan untuk berjaya dan tak mahu berubah. Kita tak akan terfikir kejayaan di masa akan datang, sebab fikiran kita fokus melayan memori silam yang kelam. Mulai hari ini, beranikan diri untuk melupakan masa lampau, selupa yang mungkin supaya Anda boleh berubah menjadi orang yang punya sikap positif, sepositif yang mungkin, sebaik yang mungkin, secemerlang yang mungkin. Beranikan diri berubah untuk kecemerlangan hidup Anda! |
Cara untuk memotivasikan diriMotivasi bukan sesuatu yang mudah untuk datang, terutama jika keadaan sekeliling anda tidak menuntut anda untuk sentiasa mempunyai motivasi diri. Anda menyedari yang motivasi merupakan kunci utama untuk pelbagai aktiviti manusia. Anda tidak boleh main-main di sekolah, jika tidak anda mungkin tidak akan dapat masuk universiti, dan seterusnya anda tidak akan mendapat pekerjaan. Dan apabila
Continue reading ».......... 21 Cara Meningkatkan Motivasi Diri
7 Langkah Mencapai Matlamat Dengan PANTAS
1. Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda. Tulis seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Tuliskan apa saja keperluan dan keinginan yang terlintas di fikiran anda. .Continue reading »....... |
2 Asas Utama Untuk Mencapai Kejayaan Cemerlang
Untuk berjaya, anda MESTI buat 2 perkara!
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! Itu adalah nasihat Paul Getty Continue reading ».......... 7 Ciri Cemerlang Orang Yang Positif1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai! Continue reading ».......... Letakkan Matlamat Yang Mencabar DiriMungkin semua kenal. Bill Gates. Didalam buku “Learn From Successfull Entrepreneurs”, Bill Gates ada menyatakan yang beliau mahu melatakkan “sebuah komputer di atas setiap meja didalam setiap rumah”. Kata-kata Bill Gates ini diejek dan diperlekeh oleh ramai orang. Tetapi beliau meletakkan matlamat yang mencabar kerana disitu ada keseronokan baginya.
Continue reading ».......... |