MENANGANI KEMARAHAN
Kenapa anda merasa marah?
Anda merasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang anda benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana. Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk. Contoh: Hadir lewat ke sekolah sudah amat meresahkan dan membimbangkan, apatah lagi terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan hadir di sekolah akan menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda terlewat untuk menduduki peperiksaan. Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.
Apakah kebiasaan punca kemarahan?
Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?
Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri. Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan diri sendiri.
Kenapa anda perlu mengawal perasaan marah?
Undang - undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan anda meluahkan perasaan marah anda. Mengingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan anda melanggar undang - undang dan tersisih dari masyarakat. Apabila perasaan marah tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami kecederaan secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain.
Apakah kesan marah kepada anda?
Walau pun marah adalah satu kelangsungan hidup, ia juga boleh membahayakan. Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda sendiri. Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali dalam menjalin perhubungan. Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:
Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan anda merasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali). Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok). Gangguan psikologikal juga boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.
Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?
3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan. Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasa sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.
Bagaimana anda menahannya?
Anda boleh menahan kemarahan dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan berfikir positif terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina. Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ia boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.
Bagaimana untuk menenangkan diri anda?
Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:
Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?
Kenali diri anda. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan kemungkinan anda menjadi marah. Dari buku catatan anda akan boleh mengetahui:
Bagaimana menangani kemarahan orang lain?
Kenal pasti perasaan marah mereka. Tenangkan diri anda. Tinggalkan tempat tersebut jika anda rasakan keselamatan anda terancam.
Bagaimana mencegah orang lain menjadi marah?
Berwaspada terhadap hal - hal yang boleh menyebabkan orang lain marah Elak lakukan perkara - perkara yang biasa membuat orang lain marah
Di manakah anda boleh mendapat pertolongan:
Nabi Muhammadﷺ tidak pernah menunjukkan kemarahan Baginda terhadap golongan kafir Quraisy yang sentiasa bertindak di luar batasan terhadap kaum Muslimin. Bahkan, Baginda sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan penuh hikmah. Bagaimanakah cara Rasulullahﷺ mengawal kemarahan?
Rasulullahﷺ menunjukkan beberapa panduan kepada kita bagaimana menguruskan sifat marah. Rasulullahﷺ sentiasa menasihati para sahabat agar berwaspada dengan sifat marah.
Jangan Marah
Seorang sahabat Abu Hurairah r.a. telah meminta Bagindaﷺ menasihatinya. Rasulullahﷺ bersabda; “Jangan marah”. Larangan ini diulang oleh Rasulullahﷺ beberapa kali. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).
Begitu juga dengan seorang lagi sahabat yang bernama Abdullah bin Amru. Beliau bertanya Rasulullah ﷺ tentang sesuatu yang boleh menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Baginda ﷺ menjawab perkara yang sama iaitu, “Jangan Marah”.
Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah ﷺ: “Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”
.Mohon Perlindungan Kepada Allah
Dari Sulaiman bin Surad r.a., katanya: “Saya duduk bersama Rasulullahﷺ dan terdapat dua orang yang saling bermaki-makian antara satu sama lain. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesar urat lehernya, kemudian Rasulullahﷺ bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (iaitu kemarahannya), iaitu andai kata dia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithan,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.” Orang ramai lalu berkata padanya (orang yang merah padam mukanya tadi): “Sesungguhnya Rasulullahﷺ bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan.” Lelaki itu menjawab: “Adakah aku gila (sehingga aku perlu meminta perlindungan daripada syaitan) ?” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Siapakah Orang Yang Paling Kuat .
Suatu ketika, Rasulullahﷺbertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullahﷺ lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya kita menahan diri daripada sifat marah. Banyak insiden yang tidak diingini boleh dielakkan sekiranya kita berjaya menahan marah.
Rasulullahﷺ menunjukkan ‘Qudwah’ yang baik ketika sedang marah. Dalam satu kejadian, seorang Arab Badwi telah menarik pakaian Rasulullahﷺ sehingga meninggalkan kesan merah pada leher Baginda. Lelaki Arab tersebut menuntut agar Rasulullahﷺ memberikan wang kepadanya. Rasulullahﷺ hanya tersenyum dan mengarahkan seorang sahabat menunaikan permintaan lelaki tersebut.
Rasulullah ﷺ Juga Manusia Biasa
Sebagai manusia biasa, Rasulullah ﷺ juga berasa marah. Namun Rasulullah ﷺ tidak pernah menunjukkan kemarahan itu dengan lidah atau perbuatannya. Apabila Baginda marah, para sahabat mengetahuinya dengan melihat wajah Baginda berubah menjadi merah dan peluh menitis di dahinya. Baginda juga akan senyap untuk beberapa bagi mengawal rasa marahnya.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَإِن تَعْفُوا۟ وَتَصْفَحُوا۟ وَتَغْفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ
“Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(surah At-Taghabun ayat 14).
Rasulullahﷺ menjanjikan balasan yang baik di akhirat kepada sesiapa yang berjaya menahan marahnya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Baginda bersabda; “Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah سبحانه وتعالى akan memanggilnya dari kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.”

- Dicederakan
- Ditipu
- Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
- Terbiar tanpa diendahkan
- Tidak boleh mengawal
- Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan
Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?
Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri. Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan diri sendiri.
Kenapa anda perlu mengawal perasaan marah?
Undang - undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan anda meluahkan perasaan marah anda. Mengingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan anda melanggar undang - undang dan tersisih dari masyarakat. Apabila perasaan marah tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami kecederaan secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain.
Apakah kesan marah kepada anda?
Walau pun marah adalah satu kelangsungan hidup, ia juga boleh membahayakan. Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda sendiri. Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali dalam menjalin perhubungan. Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:
- Bersifat negatif
- Suka mengkritik
- Bersifat mengejek/ Suka menyindir
- Bersifat ganas
Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan anda merasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali). Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok). Gangguan psikologikal juga boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.
Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?
3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
- Meluahkannya
- Menahannya
- Menenangkan diri
Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan. Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasa sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.
Bagaimana anda menahannya?
Anda boleh menahan kemarahan dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan berfikir positif terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina. Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ia boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.
Bagaimana untuk menenangkan diri anda?
Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:
- Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
- Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan
- Kendur untuk legakan otot-otot anda
- Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian ubahkan kepada pemikiran positif dan membina
- Fokus kepada pemikiran yang positif.
- Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
- Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda
Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?
Kenali diri anda. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan kemungkinan anda menjadi marah. Dari buku catatan anda akan boleh mengetahui:
- Cara yang paling berkesan untuk menangani masalah dan mengurus kemarahan anda
- Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
- Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
- Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ia benar- benar berlaku nanti
- Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah dengan:
- Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
- Membina daya ketahanan diri terhadap stres
Bagaimana menangani kemarahan orang lain?
Kenal pasti perasaan marah mereka. Tenangkan diri anda. Tinggalkan tempat tersebut jika anda rasakan keselamatan anda terancam.
Bagaimana mencegah orang lain menjadi marah?
Berwaspada terhadap hal - hal yang boleh menyebabkan orang lain marah Elak lakukan perkara - perkara yang biasa membuat orang lain marah
Di manakah anda boleh mendapat pertolongan:
- Ahli keluarga
- Kawan
- Guru
- Kaunselor
- Pakar Psikologi