Tenaga fikiran dan cita-cita
Bismillahirrahmanirrahim
Salam motivasi untuk semua pelajar,
Apakah cita-cita sebenar anda?
Maksud saya, jika tidak ada halangan untuk anda jadi apa sahaja, apakah akan anda pilih sebagai cita-cita? tukang masak? Mekanik? Usahawan? Doktor? Kontraktor? Apa sahaja cita-cita anda boleh tercapai jika anda menggunakan tenaga fikiran. Maksudnya, apa sahaja yang anda mahu capai akan mudah tercapai jika anda pandai berfikir. Cita-cita tidak semestinya mahu menjadi seseorang professional seperti doktor, peguam atau akauntan. Mari saya kongsikan satu kisah yang selalu saya kongsikan bersama peserta di program-program saya.
Saya pernah menyertai satu kursus usahawan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan. Di sini saya berjumpa dengan seorang usahawan berjaya daripada Kedah. Semasa berbual-bual dengan beliau, beliau ada ceritakan kepada saya satu cerita yang agak mengejutkan saya.
Ceritanya adalah mengenai seorang lelaki muda yang kerjanya menjual goreng pisang. Jika anda seorang wanita, adakah anda mahu jadikan seorang penjual goreng pisang sebagai calon suami anda? Selalunya peserta program saya akan menggelengkan kepala mereka. Namun apa yang perlu anda tahu mengenai lelaki muda ini ialah pendapatan beliau daripada peniagaan menjual goreng pisang ialah RM10 ribu. Ya….anda tidak salah baca….10 ribu ringgit. Sekali lagi, jika anda seorang wanita, adakah lelaki ini layak anda jadikan calon suami? (hihi…anda jawab sendiri )
Bunyinya agak mustahil bagi seorang penjual goreng pisang mendapat pendapatan seperti seorang Akauntan bertauliah bukan? Rupa-rupanya, apa yang menyebabkan lelaki muda ini berpendapatan demikian ialah beliau mempunyai 5 gerai goreng pisang yang terletak di lima lokasi strategik berbeza. Jadi, tidak hairanlah dia begitu berjaya.
Mesej utama kepada anda melalui cerita ini ialah walau apa pun yang ingin anda lakukan sebagai kerjaya satu hari nanti, ia akaan jadi lebih berjaya jika anda pandai berfikir. Berfikir adalah satu tugas sukar bagi mereka yang malas berfikir. Berfikir adalah satu senjata terhebat bagi mereka yang rajin berfikir.
Jadi mulai hari ini, tidak kira anda masih bersekolah, sedang bekerja atau berniaga, gunakan tenaga fikiran anda. Pelajari asas-asas dan teknik berfikir. Kuatkan minda anda. Baca buku-buku yang membuat anda berfikir kearah kejayaan dan kebaikan.
Melalui posting ini, entah kenapa hati saya tergerak untuk mencari beberapa petua untuk meningkatkan kebolehan kita untuk berfikir. Insyaallah, mulai minggu depan, saya akan cari dan kongsikan beberapa petua untuk meningkatkan kebolehan kita untuk berfikir dengan baik. Diharapkan hasil daripada petua-petua ini akan menambahkan kejayaan kita dan mempercepatkan perjalanan kita menuju ke arah kejayaan.
Selamat berjaya!