Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa. Jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, anda tidak akan sedar tentang perkara lain. Masalahnya, jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang bergoyang semasa guru anda mengajar, anda akan ingat tentang pokok bergoyang juga semasa peperiksaan nanti.
Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa. Jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, anda tidak akan sedar tentang perkara lain. Masalahnya, jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang bergoyang semasa guru anda mengajar, anda akan ingat tentang pokok bergoyang juga semasa peperiksaan nanti. Mari saya kongsikan satu teknik apa yang boleh anda lakukan jika anda rasa tiba-tiba blank atau lupa semua yang telah anda pelajari. Jika anda rasa begitu dalam dewan peperiksaan, lepaskan pen dan pensel. letakkan tangan anda di atas meja dan bertenang. Pejam mata anda. Tarik nafas dengan tenang beberapa kali. Lupakan semua perkara buat seketika. Pejam mata seolah-olah atau sedang lena tidur dan tidak berada di dalam dewan peperiksaan itu. kemudian, setelah 15-20 saat, buka mata anda semula. Dengan tenang, cuba jawab semula soalan yang anda mahu jawab.
Teknik ini selalunya akan buat anda jadi lebih tenang. Bila anda sudah tenang, anda akan lebih mudah ingat apa yang telah anda pelajari. Selamat mencuba. |
Pautan
July 2014
Kategori
All
|